Dasar
Pecah dan Perintah yang dijalankan oleh British.
1. Pemisahan tempat tinggal atau petempatan
· Pendudukan British di tanah melayu pada abad
ke-19 telah membawa masuk buruh cina dan india secara beramai-ramai.
· Petempatan setiap kaum telah ditetapkan mengikut
kegiatan ekonomi masing-masing:
ü Orang cina di rumah kongsi dan Bandar
ü Orang India di lading-ladang getah
ü Orang Melayu dikekalkan di kampong
2. Perbezaan Tumpuan Sektor ekonomi
· Pengelompokan petempatan mengikut kaum lahir
ekoran pengasingan sektor ekonomi setiap kaum:
ü Orang melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan
ü Orang cina digalakkan untuk bergiat dalam sektor perdagangan dan
perlombongan
ü Orang india dikekalkan di estet-estet sebagai penoreh getah
3. Pengasingan sistem pendidikan
ü Bagi pelajar melayu, hanya dua jenis sistem pendidikan yang
dibenarkan iaitu sekolah vernakular atau pun beraliran inggeris.
ü Bagi masyarakat India sekolah tamil dibuka di estet-estet.
Walaupun diajar oleh guru-guru daripada india namun, mutu pengajaran mereka
sangat rendah.
ü Orang cina pula mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri.
Guru-guru dan buku teks yang digunakan dibawa dari negara China. Pendidikan
lebih mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di
negara China berbanding dengan perkembangan di tanah melayu.
ü Pendidikan memang tidak diberikan kepada penduduk asli di sabah
dan Sarawak.Di Sarawak, keluarga Brooke merasakan anak-anak orang Dayak tidak
perlu diberikan pendidikan kerana akan memusnahkan kebijaksanaan semulajadi
yang wujud dalam budaya mereka.
No comments:
Post a Comment