Tuesday, 30 September 2014

PENGENALAN

     Pada tanggal 13 Mei 1969, berlaku satu peristiwa hitam dalam lembaran sejarah negara Malaysia. Pada tarikh tersebut, telah berlaku pertelingkahan antara kaum yang mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda daripada peristiwa tersebut. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan punca utama pertelingkahan tersebut berlaku di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang melayu dan hak kerakyatan orang bukan melayu. Dalam pilihanraya pada tahun 1969 , Parti Perikatan gagal memperolehi majoriti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan dan DAP yang berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa melayu. Hal ini menyebabkan orang melayu dan akhirnya menyebabkan UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan dan berlakulah pertelingkahan yang dahsyat diantara kaum melayu dan cina terutamanya. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak.
           Peristiwa ini sebenarnya berlaku disebabkan oleh dasar pecah dan perintah yang dijalankan oleh pihak British. British sememangnya tidak bercadang untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini apatah lagi membenarkan kewujudan perpaduan dalam kalangan mereka. Hal ini kerana, mereka khuatir percampuran dan pergaulan ini boleh membahayakan kedudukan mereka dari segi politik mahupun ekonomi. Antara dasar pecah dan perintah yang dijalankan adalah :


  • Pemisahan tempat tinggal atau petempatan
  • Perbezaan tumpuan sektor ekonomi 
  • Pengasingan sistem pendidikan
Perarakan semasa 13 Mei 1969

Suasana sebelum berlakunya rusuhan

Sejarah hitam negara

No comments:

Post a Comment