Iktibar
yang diperoleh dari peristiwa 13 Mei 1969 bagi generasi baru ialah, mereka
tidak mungkin merasai pahitnya perasaan kehilangan, pedihnya maruah
dipermainkan apatah lagi berasa gerun kerana nyawa berada di hujung tanduk.
Oleh itu, pihak yang berkenaan hendaklah menghentikan segera isu
perkauman yang menggugat keamanan negara. Perbezaan fahaman politik bukan
menjadi penghalang kepada penyatuan antara kaum. Berpolitiklah secara matang
tanpa mencetuskan isu perkauman yang membangkitkan rasa tidak puas hati dan
dendam kesuma antara kaum. Demokrasi menolak sebarang politik yang bersifat
kotor, fitnah, lucah dan perkauman sebaliknya menekankan politik yang bersih
dan adil. Di samping itu menjaga nilai-nilai dan prinsip-prinsip menghormati
Perlembangan Negara.
Perpaduan
antara kaum harus dipupuk sejak kecil lagi
No comments:
Post a Comment