Tuesday, 30 September 2014

KESIMPULAN

     Kesimpulannya peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaumyang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara olehsemua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yangmencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasinasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudahtentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.Kesan daripada peristiwa tersebut telah menyebabkan kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Oleh itu, untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku kembali semua pihak memainkan peranan penting untuk mengekalkan kesejahteraan negara.

No comments:

Post a Comment