Tuesday, 30 September 2014


DUB 1012
PENGAJIAN MALAYSIA

KESAN DASAR PECAH DAN PERINTAH BRITISH KE ATAS PENDUDUK MALAYSIA SEHINGGA BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI 1969

DISEDIAKAN OLEH:
ZUNNURAIN BT MOHAMED NOR AZMI (08DPR14F1005)
LIM JING YING                                               (08DPR14F1008)
SITI SYUHADA BINTI ZULKEFLI              (08DPR14F1013)
NUR SYAFIQAH BINTI MOHD ARIF         (08DPR14F1018)

PENSYARAH:
PUAN HASLINA BINTI ABDULLAH

JABATAN PERDAGANGAN
DIPLOMA PEMASARAN
SEMESTER 1


SESI JUN 2014

PENGENALAN

     Pada tanggal 13 Mei 1969, berlaku satu peristiwa hitam dalam lembaran sejarah negara Malaysia. Pada tarikh tersebut, telah berlaku pertelingkahan antara kaum yang mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda daripada peristiwa tersebut. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan punca utama pertelingkahan tersebut berlaku di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang melayu dan hak kerakyatan orang bukan melayu. Dalam pilihanraya pada tahun 1969 , Parti Perikatan gagal memperolehi majoriti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan dan DAP yang berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa melayu. Hal ini menyebabkan orang melayu dan akhirnya menyebabkan UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan dan berlakulah pertelingkahan yang dahsyat diantara kaum melayu dan cina terutamanya. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak.
           Peristiwa ini sebenarnya berlaku disebabkan oleh dasar pecah dan perintah yang dijalankan oleh pihak British. British sememangnya tidak bercadang untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini apatah lagi membenarkan kewujudan perpaduan dalam kalangan mereka. Hal ini kerana, mereka khuatir percampuran dan pergaulan ini boleh membahayakan kedudukan mereka dari segi politik mahupun ekonomi. Antara dasar pecah dan perintah yang dijalankan adalah :


  • Pemisahan tempat tinggal atau petempatan
  • Perbezaan tumpuan sektor ekonomi 
  • Pengasingan sistem pendidikan
Perarakan semasa 13 Mei 1969

Suasana sebelum berlakunya rusuhan

Sejarah hitam negara

OBJEKTIF

          1.     Mengenalpasti dasar pecah dan perintah yang dijalankan oleh pihak British.
          2.     Kesan-kesan daripada dasar pecah dan perintah yang dijalankan.

          3.     Iktibar yang diperolehi daripada peristiwa 13 Mei 1969.              

DASAR PECAH DAN PERINTAH BRITISH

Dasar Pecah dan Perintah yang dijalankan oleh British.

    1.  Pemisahan tempat tinggal atau petempatan
   ·      Pendudukan British di tanah melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk buruh cina dan india secara beramai-ramai.
   ·        Petempatan setiap kaum telah ditetapkan mengikut kegiatan ekonomi masing-masing:
     ü  Orang cina di rumah kongsi dan Bandar
     ü  Orang India di lading-ladang getah
     ü  Orang Melayu dikekalkan di kampong

     2. Perbezaan Tumpuan Sektor ekonomi
   ·        Pengelompokan petempatan mengikut kaum lahir ekoran pengasingan sektor ekonomi setiap kaum:
     ü  Orang melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan 
     ü  Orang cina digalakkan untuk bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan
     ü  Orang india dikekalkan di estet-estet sebagai penoreh getah

     3. Pengasingan sistem pendidikan
      
     ü  Bagi pelajar melayu, hanya dua jenis sistem pendidikan yang dibenarkan iaitu sekolah vernakular atau pun beraliran inggeris.
     ü  Bagi masyarakat India sekolah tamil dibuka di estet-estet. Walaupun diajar oleh guru-guru daripada india namun, mutu pengajaran mereka sangat rendah.
     ü  Orang cina pula mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Guru-guru dan buku teks yang digunakan dibawa dari negara China. Pendidikan lebih mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di negara China berbanding dengan perkembangan di tanah melayu.
     ü  Pendidikan memang tidak diberikan kepada penduduk asli di sabah dan Sarawak.Di Sarawak, keluarga Brooke merasakan anak-anak orang Dayak tidak perlu diberikan pendidikan kerana akan memusnahkan kebijaksanaan semulajadi yang wujud dalam budaya mereka.

KESAN DASAR PECAH DAN PERINTAH BRITISH

Dasar pecah dan perintah yang dijalankan oleh pihak British telah memberikan kesan daripada pelbagai aspek:

     1. Politik

Kaum Melayu
- Hak istimewa orang Melayu dikekalkan
- Pemerintah Melayu menerima dewan undangan dan residen yang dikemukakan oleh penjajah   British
- Dasar "Orang Melayu Dahulu" 

Kaum Cina
- Pendatang asing yang tidak boleh menyertai dalam pentadbiran
- Sistem memerintah orang Cina khususnya didirikan oleh penjajah British

     2. Ekonomi
Kaum Melayu
- Dihadkan kepada tanah mereka
- Tiada peluang untuk menyertai kegiatan ekonomi
- Penurunan taraf kehidupan dan kedudukan ekonomi orang Melayu

Kaum Cina
- Terlibat dalam industri yang mendatangkan keuntungan
- Kehidupan lebih baik

     3. Sosial
- akhbar, persatuan, kebajikan, sukan, dan pertubuhan-pertubuhan sosial lain yang ditubuhkan
- aktiviti kongsi gelap, pelacuran dan penagihan candu banyak berlaku
- hak mutlak orang Melayu bagi tanah 

     4. Pendidikan dan Kebudayaan
- mengekalkan keistimewaan kebudayaan mereka sendiri
- pelbagai sistem pendidkan mengakibatkan halangan didirikan
- komunikasi dilarang

Kesannya, berlakunya ketidakseimbangan antara kaum Melayu dan kaum Cina dan mencetuskan konflik antara kedua-dua kaum tersebut.




IKTIBAR

     Iktibar yang diperoleh dari peristiwa 13 Mei 1969 bagi generasi baru ialah, mereka tidak mungkin merasai pahitnya perasaan kehilangan, pedihnya maruah dipermainkan apatah lagi berasa gerun kerana nyawa berada di hujung tanduk. Oleh itu, pihak yang berkenaan hendaklah menghentikan segera  isu perkauman yang menggugat keamanan negara. Perbezaan fahaman politik bukan menjadi penghalang kepada penyatuan antara kaum. Berpolitiklah secara matang tanpa mencetuskan isu perkauman yang membangkitkan rasa tidak puas hati dan dendam kesuma antara kaum. Demokrasi menolak sebarang politik yang bersifat kotor, fitnah, lucah dan perkauman sebaliknya menekankan politik yang bersih dan adil. Di samping itu menjaga nilai-nilai dan prinsip-prinsip menghormati Perlembangan Negara.



Perpaduan antara kaum harus dipupuk sejak kecil lagi

KESIMPULAN

     Kesimpulannya peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaumyang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara olehsemua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yangmencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasinasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudahtentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.Kesan daripada peristiwa tersebut telah menyebabkan kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Oleh itu, untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku kembali semua pihak memainkan peranan penting untuk mengekalkan kesejahteraan negara.